Friday, November 21, 2008

kaedah membaca al-quran

KAEDAH TIKRAR

Pada Zaman permulaan Islam, kebanyakan daripada masyarakat Arab tidak tahu menulis dan membaca. Oleh itu metod yang digunakan oleh Rasulullah adalah berasaskan amali menerusi pengulangan sesuatu ayat atau doa yang di ajar sehingga mereka menghafalnya di hadapan Rasulullah. Kaedah inilah yang digunakan oleh Jibril a.s . ketika menyampaikan wahyu yang pertama kepada Nabi Muhammad s.a.w di Gua Hira’. Jibril a.s telah menyuruh Nabi s.a.w mengulangi bacaanya yang terdiri daripada surah al –alaq sehingga baginda dapat membaca dan menghafaznya dengan baik .Kaedah ini mengambil masa yang agak panjang tapi amat berkesan dalam mengelakkan pelajar daripada melakukan kesilapan dan kesalahan dalam bacaan. Kaedah ini juga adalah kaedah yang utama dalam pembelajaran al-quran yang dilaksanakan oleh Nabi s.a.w sebagaimana dalam firman Allah
       
“Dan sesungguhnya kamu benar-benar diberi al-Quran yang dari sisi (Allah) yang Maha Bijaksana lagi Maha Mengetahui. “ (al- Naml 27:6)
KAEDAH IMLA’
Kaedah imla’ berlaku selepas kertas dan tulisan dihasilkan iaitu selepas kaedah hafalan diutamakan. Kaedah ini memerlukan murid-murid menulis apa yang direncanakan kepadanya. Bagi imla’ , guru mengatur setiap perkataan yang diungkapkannya sedang murid-murid mencatat setiap prkataan yang didengarnya. Dalam sejarah Islam Imla’ bergandingan dengan ijtihad. Guru-guru memberi imla’ kepada murid-muridnya tentang pemikiran dan kerja ilmiahnya.Keadah imla’ hilangdalam pendidikanislam apabila ijtihad dalam fikh dihentikan pada abad ke-4 hijrah, dan kaedah membaca pula berkembang. Dalam abad ke-8 Hijrah imla’ dihidupkan semula oleh al – Hafiz Abdul Fadzel al –Iraqy yang meninggal pada tahun 795 Hijrah. Dalam abad ke- 9. Ibnu Hajar menggunakan imla’ dalam lebih daripada seribu majlis.



PENGERTIAN
Tikrar

Pada sudut bahasa bermaksud ulangan berkali-kali dan pada istilah iaitu aktiviti bacaan berulang-ulang kali untuk menguatkan ingatan dan mengingati sesuatu bacaan berulang kali.Selepas guru membaca murid-murid ikut. Seorang murid membaca dan diikuti oleh murid –murid lain. Murid-murid membaca secara kelas . Murid-murid membaca beramai -ramai mengikut kumpulan, kumpulan lain mendengar sahaja. Seorang murid membaca, yang lain mendengar sahaja. Seorang murid membaca ,yang lain mendengar sahaja.
Imla’.
Pada sudut bahasa bermaksud tulisan. Murid menyalin ayat yang hendak dihafaz dua atau tiga kali bergantung kepada panjang atau pendek ayat itu. Semasa menyalin ayat itu murid-murid dikehendaki mengingati ayat tersebut. Kombinasi di antara menulis dan membaca ini boleh mengukuhkan ingatan mengenai ayat al-Quran yang hendak dihafaz itu.
Prinsip Kaedah Tikrar
1. Hendaklah ditentukan bahan/ isi kandungan
2. Memastikan tahap kebolehan murid
3. Guru memperdengarkan bacaan, sementara murid dengar dengan teliti
4. Guru meminta murid mengulangi bacaan fasih dan guru berpuas hati
5. Kemahiran yang diajar tidak diubah sehingga murid menguasainya.

Objektif kaedah Tikrar
1. Murid dapat menyebut huruf (kalimah) dengan betul dan fasih.
2. Menekan sebutan ulangan sehingga menghasilkan satu kemahiran yang tekal
3. Boleh membezakan bunyi sebutan dengan pelbagai baris.
Objektif kaedah Imla’
1. Murid –murid dapat menajamkan kemahiran pendengaran.
2. Murid-murid dapat kemahiran menulis.
3. Murid-murid dapat mengukuhkan daya ingatan.
4. Dapat mengumpulkan ayat-ayat al-Quran, hadis dan fakta-fakta penting dalam bidang ilmu tertentu.


Aplikasi
Cara aplikasi kaedah Tikrar dalam pengajaran dan pembelajaran
1. Guru membaca ayat dan murid mengulanginya selepas mendengar supaya guru itu dapat membetulkan kesalahan muridnya.
2. Murid mendengar bacaan guru,jika murid belum dapat kuasai untuk menyebut perkataan tertentu,guru perlu membaca perkataan yang susah berulang kali.
3. Murid membaca dan guru mendengar sambil membetulkan bacaan yang salah,kemudian murid menghafaz ayat yang di baca dan menyemaknya di hadapan guru.
Cara aplikasi langkah imla’ dalam pengajaran dan pembelajaran
1. Guru memastikan murid-murid sudah bersedia untuk mendengar dan mencatatkan rencana.
2. Guru menyebut atau membaca teks yang disediakan . Semua murid mendengar dengan teliti teks itu untuk mendapat kefahaman bagi keseluruhannya.
3. Guru merencanakan teks dengan jelas dan fasih mengikut kadar kepantasan yang boleh diterima oleh murid.
4. Guru berusaha merencana dengan intonasi, nada suara mengikut tempat berhenti yang betul dan boleh difahami oleh murid.
5. Rencana ini diulangi oleh guru sekali atau dua kali mengikut kecerdasan murid.
6. Murid diminta menulis rencana itu dengan tulisan yang baik supaya mudah dibaca semula oleh mereka.
7. Jika didapati ada perkataan yang sukar, guru menuliskannya di papan tulis bagi disalin oleh murid.
8. Hasil kerja murid diperiksa oleh guru dengan teliti dari segi ejaan, tulisan dan struktur bahasanya supaya hasil mereka benar-benar betul.

Kekuatan Kaedah Tikrar
1. Guru dapat mengenal pasti kemahiran yang dikuasai oleh setiap murid.
2. Ia sesuai digunakan untuk aktiviti pemulihan.
3. Dapat membina kenyakinan diri murid.



Kelemahan Kaedah Tikrar
1. Mengambil masa yang agak panjang untuk menamatkan proses pengajaran dan pembelajaran.
2. Kurang berkesan untuk murid yang bijak dan cepat menguasai pelajaran.


Kekuatan Kaedah Imla’
1. Dapat mengukuhkan daya ingatan murid.
2. Dapat menajamkan kemahiran pendengaran murid.
3. Dapat memudahkan dalam proses menghafaz ayat al-Quran.









No comments: