Friday, November 21, 2008

OTAK BERFIKIR & OTAK EMOSI

FUNGSI OTAK KIRI DAN OTAK KANAN
MENINGKATKAN FUNGSI KEDUA-DUA BAHAGIAN OTAK TERUTAMA OTAK KANAN
Para penyelidik otak seperti Dr. Roger Sperry dan Dr. Robert Orstein mendapati bahawa otak manusia terbahagi kepada dua bahagian, digelar otak kiri dan otak kanan. Kedua-dua bahagian otak ini mempunyai tugas atau fungsinya tersendiri.
Otak kiri berfungsi dalam mengingati ilmu, data dan fakta; menggunakan fikiran logik, bahasa, matematik, menganalisa, berfikir mengikut urutan dan lain-lain kegiatan yang berbentuk akademik. Otak kana pula melibatkan imaginasi, khayalan, berfikir secara kreatif, irama, emosi, ilham, intuisi, gerak hati, warna, muzik, berfikir secara keseluruhan dan lain-lain aktiviti yang seumpama dengannya.
Kaedah pendidikan di kebanyakan sekolah di seluruh dunia pada hari ini menekankan penggunaan otak kiri sahaja. Pengabaian fungsi otak kanan menyebabkan ia menjadi semakin tumpul dari hari ke hari. Faktor ini mengakibatkan ramai manusia tidak dapat mengecapi keistimewaan yang dinikmati oleh individu-individu yang memiliki otak kanan yang kuat. Walaubagaimanapun, otak kanan yang kuat menjadi kurang bermakna jika kita memiliki otak kiri yang lemah. Jadi kita perlu meningkatkan fungsi otak kanan tanpa mengabaikan otak kiri.
Antara keistimewaan yang dikecapi oleh individu yang memiliki otak kanan yang kuat :
Mudah menguasai ilmu kerohanian dan kebatinan. Daya konsentrasinya sangat tinggi.
Kefahaman bahasa yang ulung. Tidak pernah kering idea. Kebolehan menghasilkan generalisasi yang tepat dan jitu. Daya penelitian dan pengamatan yang tinggi. Mempunyai minat yang mendalam terhadap sesuatu bidang yang diceburi. Mudah memahami sesuatu yang abstrak (hakikat sesuatu). Memiliki kekuatan berfikir (power of thinking).
Memiliki kemahiran belajar secara cemerlang (power of learning).
Memiliki tindakan dan tindak balas yang cepat (power of reflects).

kaedah membaca al-quran

KAEDAH TIKRAR

Pada Zaman permulaan Islam, kebanyakan daripada masyarakat Arab tidak tahu menulis dan membaca. Oleh itu metod yang digunakan oleh Rasulullah adalah berasaskan amali menerusi pengulangan sesuatu ayat atau doa yang di ajar sehingga mereka menghafalnya di hadapan Rasulullah. Kaedah inilah yang digunakan oleh Jibril a.s . ketika menyampaikan wahyu yang pertama kepada Nabi Muhammad s.a.w di Gua Hira’. Jibril a.s telah menyuruh Nabi s.a.w mengulangi bacaanya yang terdiri daripada surah al –alaq sehingga baginda dapat membaca dan menghafaznya dengan baik .Kaedah ini mengambil masa yang agak panjang tapi amat berkesan dalam mengelakkan pelajar daripada melakukan kesilapan dan kesalahan dalam bacaan. Kaedah ini juga adalah kaedah yang utama dalam pembelajaran al-quran yang dilaksanakan oleh Nabi s.a.w sebagaimana dalam firman Allah
       
“Dan sesungguhnya kamu benar-benar diberi al-Quran yang dari sisi (Allah) yang Maha Bijaksana lagi Maha Mengetahui. “ (al- Naml 27:6)
KAEDAH IMLA’
Kaedah imla’ berlaku selepas kertas dan tulisan dihasilkan iaitu selepas kaedah hafalan diutamakan. Kaedah ini memerlukan murid-murid menulis apa yang direncanakan kepadanya. Bagi imla’ , guru mengatur setiap perkataan yang diungkapkannya sedang murid-murid mencatat setiap prkataan yang didengarnya. Dalam sejarah Islam Imla’ bergandingan dengan ijtihad. Guru-guru memberi imla’ kepada murid-muridnya tentang pemikiran dan kerja ilmiahnya.Keadah imla’ hilangdalam pendidikanislam apabila ijtihad dalam fikh dihentikan pada abad ke-4 hijrah, dan kaedah membaca pula berkembang. Dalam abad ke-8 Hijrah imla’ dihidupkan semula oleh al – Hafiz Abdul Fadzel al –Iraqy yang meninggal pada tahun 795 Hijrah. Dalam abad ke- 9. Ibnu Hajar menggunakan imla’ dalam lebih daripada seribu majlis.



PENGERTIAN
Tikrar

Pada sudut bahasa bermaksud ulangan berkali-kali dan pada istilah iaitu aktiviti bacaan berulang-ulang kali untuk menguatkan ingatan dan mengingati sesuatu bacaan berulang kali.Selepas guru membaca murid-murid ikut. Seorang murid membaca dan diikuti oleh murid –murid lain. Murid-murid membaca secara kelas . Murid-murid membaca beramai -ramai mengikut kumpulan, kumpulan lain mendengar sahaja. Seorang murid membaca, yang lain mendengar sahaja. Seorang murid membaca ,yang lain mendengar sahaja.
Imla’.
Pada sudut bahasa bermaksud tulisan. Murid menyalin ayat yang hendak dihafaz dua atau tiga kali bergantung kepada panjang atau pendek ayat itu. Semasa menyalin ayat itu murid-murid dikehendaki mengingati ayat tersebut. Kombinasi di antara menulis dan membaca ini boleh mengukuhkan ingatan mengenai ayat al-Quran yang hendak dihafaz itu.
Prinsip Kaedah Tikrar
1. Hendaklah ditentukan bahan/ isi kandungan
2. Memastikan tahap kebolehan murid
3. Guru memperdengarkan bacaan, sementara murid dengar dengan teliti
4. Guru meminta murid mengulangi bacaan fasih dan guru berpuas hati
5. Kemahiran yang diajar tidak diubah sehingga murid menguasainya.

Objektif kaedah Tikrar
1. Murid dapat menyebut huruf (kalimah) dengan betul dan fasih.
2. Menekan sebutan ulangan sehingga menghasilkan satu kemahiran yang tekal
3. Boleh membezakan bunyi sebutan dengan pelbagai baris.
Objektif kaedah Imla’
1. Murid –murid dapat menajamkan kemahiran pendengaran.
2. Murid-murid dapat kemahiran menulis.
3. Murid-murid dapat mengukuhkan daya ingatan.
4. Dapat mengumpulkan ayat-ayat al-Quran, hadis dan fakta-fakta penting dalam bidang ilmu tertentu.


Aplikasi
Cara aplikasi kaedah Tikrar dalam pengajaran dan pembelajaran
1. Guru membaca ayat dan murid mengulanginya selepas mendengar supaya guru itu dapat membetulkan kesalahan muridnya.
2. Murid mendengar bacaan guru,jika murid belum dapat kuasai untuk menyebut perkataan tertentu,guru perlu membaca perkataan yang susah berulang kali.
3. Murid membaca dan guru mendengar sambil membetulkan bacaan yang salah,kemudian murid menghafaz ayat yang di baca dan menyemaknya di hadapan guru.
Cara aplikasi langkah imla’ dalam pengajaran dan pembelajaran
1. Guru memastikan murid-murid sudah bersedia untuk mendengar dan mencatatkan rencana.
2. Guru menyebut atau membaca teks yang disediakan . Semua murid mendengar dengan teliti teks itu untuk mendapat kefahaman bagi keseluruhannya.
3. Guru merencanakan teks dengan jelas dan fasih mengikut kadar kepantasan yang boleh diterima oleh murid.
4. Guru berusaha merencana dengan intonasi, nada suara mengikut tempat berhenti yang betul dan boleh difahami oleh murid.
5. Rencana ini diulangi oleh guru sekali atau dua kali mengikut kecerdasan murid.
6. Murid diminta menulis rencana itu dengan tulisan yang baik supaya mudah dibaca semula oleh mereka.
7. Jika didapati ada perkataan yang sukar, guru menuliskannya di papan tulis bagi disalin oleh murid.
8. Hasil kerja murid diperiksa oleh guru dengan teliti dari segi ejaan, tulisan dan struktur bahasanya supaya hasil mereka benar-benar betul.

Kekuatan Kaedah Tikrar
1. Guru dapat mengenal pasti kemahiran yang dikuasai oleh setiap murid.
2. Ia sesuai digunakan untuk aktiviti pemulihan.
3. Dapat membina kenyakinan diri murid.



Kelemahan Kaedah Tikrar
1. Mengambil masa yang agak panjang untuk menamatkan proses pengajaran dan pembelajaran.
2. Kurang berkesan untuk murid yang bijak dan cepat menguasai pelajaran.


Kekuatan Kaedah Imla’
1. Dapat mengukuhkan daya ingatan murid.
2. Dapat menajamkan kemahiran pendengaran murid.
3. Dapat memudahkan dalam proses menghafaz ayat al-Quran.









tafsir surah luqman ayat 16-19

سورة لقمان ايات 16-19

 •                    •    
16 . ( لقمان منصيحتي انقث دغن بركات ) : " واهي انق كسايغنكو، سسوغضوهث جك اد سسوات فركارا ( يغ باءيق اتاو يغ بوروق ) سكليفون سبرت بيجي ساوي، سرتا اي ترسمبوثي ددالم باتو بسر اتاو دلاغيت اتاو فون دبومي، سوده تتف اكن دباوا اوليه الله ( اونتوق دحاكيمي دان دبالسث ); كران سسوغضوهث الله مها هالوس فغتاهوانث; لاضي امت مليفوتي اكن سضالا يغ ترسمبوثي .


             •     
17 . " واهي انق كسايغنكو، ديريكنله سمبهيغ، دان سوروهله بربوات كباءيقكن، سرتا لارغله درفد ملاكوكن فربواتن يغ موغكر، دان برصبرله اتس سضالا بالا بنخان يغ منيمفامو . سسوغضوهث يغ دمكين ايت اداله دري فركارا2 يغ دكهندقي دامبيل برت ملاكوكنث .

   ••  •   •  •    •   
18 . " دان جاغنله اغكاو مماليغكن موكامو ( كران ممندغ رنده ) كفد ماءنسي، دان جاغنله اغكاو برجالن دبومي دغن برلاضق سومبغ ; سسوغضوهث الله تيدق سوكا كفد تيف2 اورغ يغ سومبوغ تكبور، لاضي ممبغضاكن ديري .


       •     
19 . " دان سدرهانكنله لغكهمو سماس برجالن، جوض رندهكنله سوارامو ( سماس بركات-كات )، سسوغضوهث سبوروق-بوروق سوارا اياله سوارا كلداي " .

هوراين ايات 16-19
ايات 16 منرغكن اسفيق مراقبة الله (فغاواسن ديري ترهادف الله). منوروت إمام الغزالي، مراقبة الله اياله صفة دان كأداءن هاتي يغ دحاصيلكن اوليه كمعرفتن كفد الله. كمودين كأداءن ايت فولا اكن ممبواهكن فلباضاي عملن دالم اغضوتا توبوه يغ لوار دان دالم.
ارتيث، كأداءن هاتي يغ سلالو مغاواسي ذات يغ مها مغاواسيث دان برتروسن منومفوكن فرهاتين ترهادف يغ مها دتاكوتيث ايت.
مناكالا يغ برهوبوغ دغن كمعرفتن اياله مغتاهوي بهاوا الله مها ممريقسا سضل كهندق دان كماهوان هاتي دان سضل اف يغ ترسمبوثي دان درهسياكن. (الإمام الغزالي: 495).

اين ممبري كسن فوسيتيف دالم فنديديقن يأيت دغن خارا منانم كدالم جيوا انق2 تنتغ فراساءن ايغت كفد الله دالم سضالا حال. افبيل مريك دلاتيه دغن مراقبة، دغن سنديريث مريك دتونتوت سوفاي إخلاص كفد الله. دغن دمكين، سضالا عملن اكن ددهولوءي دغن نية يغ إخلاص سمات-مات كران الله .

ستروسث دالم ايات 16-19، الله تله برفرمان، لنجوتن قيصه لقمان الحاكيم يغ تله مغيغتكن كفد انقث بهاوا : :

ستياف فكرجاءن سماد باءيق ماهوفون يغ بوروق، سماد بسر اتاو كخيل والاوفون سبسر ذره سكليفون اكن دبالس دغن سواجرث . ( ايات 16)
فرمان الله :
             
7 . مك سسيافا بربوات كباجيقن سبرت ذره، نسخاي اكن دليهتث ( دالم سورت عملث ) !
8 . دان سسيافا بربوات كجاهتن سبرت ذره، نسخاي اكن دليهتث ( دالم سورت عملث ) !

ستروسث لقمان مغيغتكن فركارا2 برايكوت :
ديريكن صلاة مغيكوت شرط دان روكونث سرتا تتف فد وقتوث، مغاجق اورغ لاءين ملاكوكن كباءيقكن .منضه اورغ لاءين منجاءوهي فربواتن معصية دان فركارا يغ دتضه اوليه إسلام. برصبر، تضوه ايمان دان خكل هاتي كتيك مغهادفي اوجيان2 الله (ايات 17).

دري سضي بهاس، صبر برارتي مناهن ديري درفد ضليسه، مناهن ليده درفد مغادو حال كفد سسؤرغ، منجاض تاغن درفد منمفر-نمفر فيفي دان مغويق-غويق فاكاين اتاو سأومفامث. (الإمام إبن القيّيم الجَوزية: 1975).

صبر مروفاكن صفة يغ مليا لاضي اوتام يغ دافت مغاول سسؤرغ درفد ملاكوكن فربواتن يغ تيدق باءيق. اي جوض مروفاكن سواتو ككواتن جيوا يغ اكن منجامين كباءيقن سسؤرغ. (الإمام إبن القيّيم الجَوزية: 1975)

دالم مغيغتكن كأمفت فركارا اين اي دمولاءي دغن فكرجاءن سمبهيغ دان دسودهي دغن برصبر. كدوا-دواث فنتيغ دالم منونتوت كرضاءن الله .
فرمان الله
    •     
45 . دان مينتاله فرتولوغن ( كفد الله ) دغن جالن صبر دان مغرجاكن سمبهيغ ;
دان سسوغضوهث سمبهيغ ايت امتله برت كخوالي كفد اورغ2 يغ خشوع ;
(سورة البقرة ايات 45 )

ستله مغيغتكن فركارا2 يغ منجادي سوروهن الله مك لقمان مثوسول فولا دغن فركارا2 يغ منجادي تضهن ياءيت :

تكبر دان سومبوغ (ايات 18)
تكبر مروفاكن تيغكه لاكو باطين يغ ممبواهكن فري لاكو ظاهير سسؤرغ، ياءيت سيكف جيوا يغ مراساكن ديريث لبيه باءيق درفد اورغ لاءين.(إبن قُدّامة:2)، سماءد اورغ ايت مانسي اتاوفون فنخيفتاث.

دالم ايات 18، الله مغضمبركن 2 كأداءن باضي صفة تكبور يغ كجي ايت:
1. مماليغكن موك افبيل برخاكف دغن سسؤرغ كران ممندغ رنده كفداث.
افابيلا سسأورغ سدغ برخاكف هندقله مغهادفكن موك دغن واجه يغ مانيس

2. برجالن دغن اغكوه
برجالن دغن ضاي يغ اغكوه دان سومبوغ.

برمضه-مضه دغن كلبيهن يغ اد دان منيمبولكن ضغضوان دان هالغن كفد اورغ لاءين.

كسن بوروق درفد اينديويد يغ برصفة تكبور، بلياو اكن دكواساءي فولا صفة بوروق يغ لاءين سفرتي تعاصُب، موده ماره، دندم دان حسد دغكي. جك ايت برلاكو، اي اكن تردده كفد فرتغكرن دان اخيرث برفخه بله. عاقبتث، هيلغله فراساءن منخينتاءي سوداراث سفرتي مان منخينتاءي ديريث سنديري.

برسدرهانله دالم سموا فركارا ( ايات 19)
اي مروفاكن كإيستيميواءن دالم إسلام. ياءيت فرتغهن اتاو سإيمبغ دانتارا دوا يغ برتنتغن ترماسوقله روحاني دان جسماني، دنيا دان اخيرة دان سباضايث. (يوسف القرضاوي:1977).

كونسيف كسدرهاناءن اين برلاكو كفد سلوروه سيستم، هيغضاله كفد اوروسن2 عباده. سسؤرغ مسلم تيدق دضالقكن برعبادة سهيغضا مثيقساكن ديري سنديري. اين كران باضي ستياف ديري ايت اد حقث يغ فرلو دبريكن.
سبدا رسول الله : إنّ لِبَدَنِكَ عَلَيكَ حَقًّا
مقصودث: سسوغضوهث باضي ديري كامو اد حقث يغ ميستي كامو بريكن كفداث.


دالم كونتيق س فنديديقن، دوا اسفيق دتكنكن سفرتي برايكوت:
1. سدرهان كتيك برجالن.
مقصودث فرتغهن دانتارا خفت دان لمبت(إبن جرير الطبري:57). تيدقله لمبت سفرتي اورغ يغ لمه تيدق برتناض دان تيدق فولا خفت سفرتي اورغ يغ ترضوفوه-ضافه. ايتوله خارا برجالن يغ دتلادنكن اوليه رسول الله . دان ايتوله خارا برجالن اورغ يغ برخيتا-خيتا تيغضي، برجيوا بسر دان ضاضه براني. (الإمام إبن القيّيم الجَوزية: 1975)


2. منيغضيكن سوارا كتيك برخاكف .
سفرتي برجالن، برخاكف جوض فري لاكو لاهير يغ منجادي اوكورن بودي فكرتي سسؤرغ. اوليه ايت، اسلام ساغت مغاوتامكن بودي فكرتي يغ مليا، مغنجوركن كفد اومتث سوفاي برخاكف دغن سوارا يغ لمبوت، تيدق كرس دان منجريت.

ايات 19 منونجوقكن بهاوا فربواتن برخاكف دغن سوارا يغ كرس دان كوات كتيك تيدق فرلو، اداله دلارغ. سوارا يغ دمكين باضايكن سوارا كلداي يغ داغضف سبوروق-بوروق سوارا دان ساعت دبنخي اوليه الله . توجوان فربندبغن ترسبوت ممبري ارتي حرام دان ساغت دكجي. (إبن كثير:163).


كسيمفولن / فغاجرن

1 .اومت إسلام دأنجوركن سوفايا سنتياس ملاكوكن كباءيقكن اضر تيدق سيا2 هيدوفث .

2 .سمبهيغ اداله تياغ اضام .دغن سمبهيغ سسأورغ ايت اكن دافت ممبنتوق فريبادي موليا، براني مغهادفي هيدوف دغن فلباضاي رينتغن، براني مثرو يغ معروف دان نهي منكر دغن فنوه كصبرن .

3 .اومت إسلام دأيغتكن سوفايا منجاض ادب سوفن دالم فرضاءولن سفرت :
 مندغر فرخاكفن اورغ دغن موك يغ مانيس .
 برجالن دغن رنده ديري .
 سدرهان دالم ملاكوكن سموا فركارا .
 مرندهكن سوارا كتيك بركات-كات .







روجرقن

القرءان الكريم

عبد الرشيد احمد(2003) سورة لقمان منديديق انق خمراغ. كولا لومفور:اوتوسن فبليكيشن سنديرين برحد.














فغنلن
ميسي اسلام براوسها ممفرتيغكتكن مأنسي سوفايا منخافاي درجت كمأنسياءن يغ لوحور، ياءيت مميليكي بودي فكرتي يغ مليا دان برسيكف عادل سسواي دغن فرانن مأنسي سباضاي خليفة الله دي موك بومي. اي دافت ممفرتيغكتكن تارف كهيدوفن ددنيا سرتا منخافاي كرضاءن الله دسباليق كهيدوفن سكارغ اين. (السيد السابق:1981). دالم القرءان، الله مموجي رسولث دغن بودي فكرتي يغ لوحور. فرمان الله دالم سورة القلم:4:-
    
4 . دان بهاوا سسوغضوهث اغكاو ممفوثاءي اخلاق يغ امت موليا
.


فغرتين اخلاق
اخلاق مروفاكن سومبر داي يغ ترفندم دالم جيوا يغ مثببكن لاهيرث سسواتو فربواتن دغن موده تنفا ممرلوكن فيكيرن دان رنوغن.( إمام الغزالي:68)
اخلاق جوض مروفاكن كلاكوان، مروءه، تاتا ترتيب بهكن منخاكوفي سلوروه فربواتن لاهيريه يغ دحاصيلكن درفد دوروغن باطينية يغ تردافت دالم ديري مأنسي.
اخلاق ممفوثاي هوبوغن يغ ساغت رافت دغن ايمان. اخلاق يغ باءيق سباضاي مسمفورناءن كفد ايمان. إيمان يغ كوات موجودكن اخلاق يغ باءيق دان موليا. سدغكن ايمان يغ لمه موجودكن اخلاق يغ جاهت، موده ترجروموس كلمبه فلبواتن كجي يغ مروضيكن ديريث دان اورغ لاءين. .( إمام الغزالي:68).

pengenalan ilmu mantiq

PENGENALAN

Kalimah perkataan mantik berasal daripada

perkataan:

a) Farsi : logique

b) Bahasa Inggeris : Logic

c) Yunaniya : logos

Aristo – pengasas dan pelopor ilmu mantik ini. Kitabnya Al-Arjanun.

Mantiq:hanya terkenal dalam kalangan Islam, selepas daripada zaman penterjemahan ilmu-ilmu asing khususnya falsafah yunani ke dalam bahasa Arab.

An-nutq- bukanlah bererti semata-mata bercakap, malah merangkumi kemampuan untuk berfikir.

Pemikiran secara mantik: pemikiran yang tersusun, selaras dan tiada percanggahan.

Sekalipun manusia dikurniakan kemampuan untuk mengatur pemikiran, tetapi tidak selama-lamanya ia mampu untuk mengelakkan dirinya daripada kesalahan dan kesilapan dalam pemikiran itu.

Sebaik sahaja jalan pemikiran kita salah, kita tentunya akan mengeluarkan idea dan percakapan yang tidak tepat dan tentunya akal yang baik tidak dapat menerimanya serta menganggap sebagai suatu idea atau buah fikiran yang tidak lojik.

Sekiranya jalan fikiran kita itu betul, maka manusia lain akan menerimanya dengan mudah karana ianya lojik dan berpijak di bumi nyata.

sejarah mantiq

negeri asal lmu mantiq adalah Yunani

Abad ke 6 : tokoh ilmuawan barat

- Aristotle (384 – 322 SM)

- Plato (427 – 347 SM)

- Immanuel Kant (1724-1804 SM)

-Konsili Nicae (325 M)

Zaman gelap(The Dark Ages)

علموان إسلام : أبد ك-7 & 8

كراجاءن عباسية : أبد ترجماهن (هيغك أبد 14)

مثل: لوجيك(أريستو) علم المنطق

توكوه علموان إسلام :

* عبدالله بن المُقََفَّع * يعقوب بن إسحاق الكيندي

* أبو عبدالله الخوارزمي * إبن سينا ( توكوه ك - 3)

* أبو حميد الغزالي * إبن رشد القُرطُبي

* أبو علي الهَيتَم * أبو نصر الفارابي(توكوه ك-2)

* سادالدين – حرامكن كران: اكن منجادي زنديق، إلحاد، كفر